Hasil Kerja

INTERAKSI 1
SOALAN:
 
1.    Apakah maksud enjin pencari? terangkan jenis-jenis enjin pencari.
2.    Bagaimanakah anda boleh mendapatkan maklumat daripada enjin pencari?
3.    Bagaimanakah cara penyimpanan dan perkongsian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat secara atas talian dan luar talian?
 
JAWAPAN :
 
  1.     Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda. 

    Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.

    Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalahertikan oleh pengguna yang akan menganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula di kompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

    Enjin pencari yang selalu digunakan

                1) Google.com
                2) MSN.com
                3) Altavista.com
                4) MetaCrawler.com
                5) Yahoo.com

 

        2.    Enjin pencari ialah satu program komputer yang berfungsi untuk mengenalpasti laman web yang mengandungi istilah utama kata kunci yang ditaipkan             pada laman web mereka. terdapat lebih daripada 300 enjin pencari di dalam internet dan ada yang sentiasa dipertingkatkan keupayaan cariannya dan             ada juga yang mengkhusus kepada sesuatu bidang sahaja. laman web enjin pencari terkenal masa kini adalah seperti www.altavista.com,             www.google.com, www.yahoo.com, www.lycos.com, www.excite.com dan sebagainya.

 

        3.    Pengguna internet juga boleh menyimpan dan berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran secara perkomputeran awam yang boleh dicapai             melalui pelayar web, manakala bahan atau datanya disimpan di pelayannya. teknologi ini membolehkan pengguna tidak hanya bergantung kepada                    komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan                      terdapat capaian internet. perkomputeran awam adalah proses yang membolehkan anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan                    segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video. contoh aplikasi teknologi ini ialah 4share, Google apps,                  PIXLR, dropbox, live documents, slideshare dan sebagainya.